Unity In Multiplicity (Al-Wahdah Fil-Katrah) - Pandang Satu atas yang banyak,Pandang banyak atas yang Satu

Friday, 1 June 2018

PENGHARGAAN                                                                                                              1hb Jun 2018

Assalamu’alaikum warahmatullahwabarakatuh
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

MAJLIS IFTAR SEMPENA NUZUL AL QURAN 16 RAMADHAN 1439H BERTEMPAT DI BANGSAR, KUALA LUMPUR.

Dengan rasa rendah diri dan penuh kesyukuran serta limpah kurnia dariNya, kami yang mewakili Yayasan Taat khususnya mengucapkan Alhamdulillah,   جَزَا كم الله خَيْرًا كَثِيْرًا
“Jaza-Kamallah Khairan Katsiiraa”  kepada semua hadirin yang datang dari jauh dan dekat iaitu dari Tahfiz Al Yamani Gunung Pasir dan Yayasan Kasih Sayang Kuala Pilah, NS berserta para uztaz dan guru mereka.

Terima kasih diucapkan kepada Tn Haji Abu Samah dan JKKK Kampung Mertang yang yang turut hadir dan telah menguruskan pengangkutan untuk anak-anak yatim dan pelajar tahfiz bagi menghadiri majlis ini.

Dan tidak lupa juga kepada Dato' Sri Rayyan Joseph King & YM Datin Sri Tengku Zawyah, YM Tengku Zurie dan Dr Hashim bin Noh & Pn Hjh Juzuhayati bt Hj Arshad serta kawan-kawan dan sanak saudara yang datang dari jauh dan dekat yang turut serta memberikan sumbangan dengan iringan doa. Semoga kalian di berkati dan di rahmati Allah serta ucapan terima kasih.

Tidak lupa kepada tetamu undangan YT iaitu Tn Ali Jasbi bin Ali Asghar berserta bapanya Tn Ali Asghar bagi menghadiri majlis ini dan juga turut memberi sumbangan kepada anak-anak kecil ini.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua staf-staf YT yang bertungkus-lumus dalam penyediaan bagi menjayakan majlis kali ini.

Akhirnya kami berharaplah agar dapat kita di pertemukan semula di masa-masa akan datang, in sya Allah. Kami juga memohon ampun dan maaf diatas segala kekurangan. 

Sekian, wassallam

Dari, 

RAMZIA dan ZAINOL


SEKITAR MAJLIS IFTAR 2018