Assalamu’alaikum
warahmatullahwabarakatuh:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dengan rasa penuh
kesyukuran dan limpah kurnia dariNya, kami ( Ramzia dan Zainol ) mewakili
Yayasan TAAT khususnya mengucapkan Ahamdulillah, 'Jaza-Kumullah Khairan
Katsiraa' kepada seluruh keluarga arwah Makcik terutamanya kepada Anwar dan
Fadzlun berserta keluarga yg sudi menyediakan tempat yg begitu selesa dan juga
Abg Silan serta keluarga dan sanak saudara yang telah bertungkus lumus siang
dan malam di dalam penyediaan sehinggalah majlis selesai dengan penuh keselesaan
dan sempurna nya.
Di samping itu, tidak
di lupakan juga ucapan terima kasih kepada En Ramlos bin Mohd Nor dan keluarga
yang mengetuai bahagian masakan dan hidangan berserta sumbangan tenaga dari
orang-orang Kampong Gadong dan Kota.Tidak di lupakan juga kepada Tn Hj Kamaruzaman bin Budin ( pemilik Pusat Penyembelihan Syarikat Hj Budin Pedas NS ) dan juga kepada En. Badaruzzaman bin Hj Kamaruzaman yang telah melakukan penyembelihan hewan untuk korban dan aqiqah.
Kepada para jemputan
juga diucapkan terima kasih yang tidak terhingga terutamanya Kepada Y.B Sahibul
Samahah Dato' Haji Mohd Yusof bin Haji Ahmad ( Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
), yang telah sudi hadir untuk memeriahkan dan memberkati majlis, Y.Bhg Laksamana Madya (B) Datuk Abd Hadi bin Rashid ( Pemegang Amanah
Yayasan TAAT ), Tn Hj Shafie bin Hj Arshad berserta keluarga dan juga kepada
seluruh kenalan, keluarga dan sanak saudara yang datang dari jauh dan
dekat.
Akhirnya kami
berharaplah agar semangat kerjasama dan gotong-royong yang sebegini akan dapat
diteruskan dari masa ke semasa.. in syà Allah.
Ado nangko berbuah di ladang,
Bilo masak berbau wangi,
Kok ado umur panjang,
Tahun dopan berjumpo lagi..
UPACARA KORBAN 1 ( PUSAT PENYEMBELIHAN SYARIKAT HAJI BUDIN PEDAS NS)
UPACARA KORBAN 2
PROSES MELAPAH
MASAK
AGIHAN DAGING QURBAN DAN SUMBANGAN
JAMUAN MAKAN